Video Zakat

Rabu, 10 November 2010

Huraian Zakat dalam Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita

1 ) Hukum Zakat Fitrah

Menurut Jumhur Fuqaha'

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال :فرض رسول الله صلئ الله عليه وسلم زكاة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير على العبد والحروالأنثى والصغير والكبير من المسلمين وأمر بها أن تؤدى قبل خروج الناس الى الصلاة


"Ibnu Umar r.a. berkata :''Rasulullah s.a.w telah memfardukan Zakat fitrah sebanyak satu sya' Kurma atau satu sya' gandum terhadap hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kaum Muslimin. Dan beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang berangkat solat (Solat hari raya)."
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).


2) Orang yang wajib berzakat

Zakat Fitrah itu diwajibkan kepada setiap individu muslim, tidak ada perbezaan antara orang yang merdeka dengan hamba, antara lelaki dengan wanita, anak kecil dengan orang dewasa, dan orang kaya dengan orang miskin. Sebagaimana yang dinyatakan hadith Ibnu Umar di atas.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa dia berkata:'' Zakat Fitrah itu diwajibkan kepada setiap orang yang merdeka dan hamba, baik lelaki mahupun wanita, kecil dan besar, miskin mahupun kaya, sebanyak satu sha' Kurma atau setengan sha' gandum. " ( HR. Ahmad ).

Seorang muslim harus mengeluarkannya dari dirinya dan dari setiap orang yang menjadi tanggungannya. Sebahagian besar ulama' berpendapat bahawa seorang suami berkewajipan membayar zakat fitrah isterinya.


3 ) Tidak ada Nisab Dalam Zakat Fitrah

Ibnu Rusydi berkata :" Pada zakat fitrah tidak disyaratkan harus kaya ( menurut kebanyakan pendapat fuqaha') dan nisab, akan tetapi syaratnya harus memiliki sisa yang lbih dari makanannya dan makanan keluarnya."

Abu Hanifah mensyaratkan nisab. Dia berkata :''Tidak wajib terhadap orang yang boleh menerima sedekah ( Zakat ), akan tetapi wajib bagi orang yang memiliki nisab yang lebih dari keperluan-keperluan pokoknya."

4 ) Jumlah yang Wajib Dikeluarkan

Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith sebelumnya, bahawa ukuran zakat fitrah yang wajib dikeluarkan berasal dari makanan yang biasa dimakan oleh warga, atau makanan yang biasa dimakan oleh orang yang mengeluarkan zakat fitrah itu sendiri, iaitu satu sha' atau nilainya, mana yang lebih bermanfaat bagi orang fakir atau orang miskin.

Seabahagian ulama' berpegang kepada takaran bukan kepada timbangan. Pendapat ini benar, kerana biji-bijian itu ada ringan dan juga yang berat. Misalnya ukuran satu sha' gandum kalau ditimbang 2176 gram, maka ia lebih banyak jika dibandingkan dengan beras, kerana beras lebih berat dari gandum.

Siapa yang tidak memiliki takaran ,maka hendaklah dia mengeluarkan empat mud. Satu mud adalah sepenuh kedua telapak tangan lelaki biasa, maka empat kali sepenuh kedua telapak tangan lelaki biasa sama dengan satu sha'. Sesiapa yang melakukan kebajikan dengan kerelaan hati, maka itulah yang lebih baik baginya.

5 ) Waktu Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah

Para ulama' bersepakat bahawa zakat fitrah itu wajib pada penghujung bulan Ramadhan, berdasarkan hadith Ibnu Umar yang lalu "s.a.w telah memfardukan Zakat Fitrah sebanyak satu sha' kurma atau satu sha' gandum terhadap hamba dab orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang mengerjakan solat hari raya

Namun mereka berbeza pendapat tentang penentuan waktunya. Sebahagian di antara mereka berpendapat bahawa zakat fitrah itu wajib mulai terebenam matahari pada akhir hari Ramadhan. Dan sebahagian lagi mengatakan wajib mulai terbit fajar hari raya fitrah ( 1 syawal).


Ibnu Rusydi menjelaskan sebab perbezaan pendapat ulama' mengenai masalah ini. Ibnu Rusydi berkata " Sebab perbezaan pendapat di antara ulama' adalah apakah zakat fitrah itu ibadat yang berhubungan dengan hari raya, atau ibadat yang berhubungan dengan berakhirnya bulan Ramadhan, sebab malam hari raya itu termasuk bulan Ramadhan".

Masalah ini mudah, perbezaan pendapat dapat terjawab pada anak yang baru lahir sebelum terbit fajar hari raya dan setelah matahari terbenam di akhir hari Ramadhan, apakah wajib mengeluarkan zakat atau sebaliknya? demikian juga orang mukallaf yang meninggal pada waktu tersebut.

Zakat fitrah itu tidak boleh ditangguhkan sehingga selesai solat hari raya.


6 ) Orang Yang Berhak Menerima Zakat

Sebahagian besar fuqaha' berpendapat bahawa zakat fitrah itu dibahagiakn kepada orang-orang muslim yang fakir miskin. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ibnu Qayyim." D i antara petunjuk Rasullullah s.a.w adalah menentukan orang-orang miskin penerima zakat fitrah. Beliau tidak pernah membahagikannya kepada golongan penerima zakat yang lapan, beliau tidak menyuruhnya untuk membahagikannya kepada mereka, tidak ada seorang sahabat pun atau orang-orang yang sesudah mereka melakukannya".

Menurut mazhab Maliki zakat fitrah tidak boleh dibahagikan kecuali pada 0rang-orang fakir dan miskin. Yang pasti selama zakat fitrah itu dinamakan zakat, maka ia berlaku sebagaimana zakat, pembahagiannya diutamakan kepada orang-orang miskin kecuali kerana hajat dan kepentingan keislaman.

7 ) Hikmah Zakat Fitrah

Setelah kita mengetahui waktu pembayarannya, ukuran yang wajib dikeluarkan kepada sesiapa yang diwajibkan zakat,sesiapa yang berhak menerimanaya, nas-nas telah menjelaskannya, kita mengetahui rahsia mengapa zakat fitrah itu diwajibkan? adapun hikmah di sebaliknya adalah memberi kebahagian dan kegembiraan kepada orang-orang miskin pada hari raya seperti orang-orang lain. Hal ini kerana Hadith Ibnu Umar yang bermaksud :" Jauhkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini. ( HR. Daruquthni).

Kerana hari raya adalah hari yang penuh dengan kegembiraaan dan kebahagiaan tahunan, oleh itu, untuk mengelak daripada orang miskin berasa sedih, tidak bahagia, wajib memberi zakat.

Selain itu, hikmah zakat juga adalah sebagai penyempurna kepada amalan-amalan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan