Video Zakat

Sabtu, 25 Disember 2010

Pembayaran Zakat Fitrah Wang Atau Beras?


Contoh Cara Pembayaran Zakat

Pembayaran zakat melalui Imam masjid adalah seperti berikut.

Proses pembayaran zakat boleh juga dilakukan di tempat-tempat tertentu di bawah Jabatan Agama.

Selain itu, pembayaran zakat juga boleh dibayar kepada lapan golongan seperti orang miskin.

Rabu, 10 November 2010

Huraian Zakat dalam Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita

1 ) Hukum Zakat Fitrah

Menurut Jumhur Fuqaha'

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال :فرض رسول الله صلئ الله عليه وسلم زكاة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير على العبد والحروالأنثى والصغير والكبير من المسلمين وأمر بها أن تؤدى قبل خروج الناس الى الصلاة


"Ibnu Umar r.a. berkata :''Rasulullah s.a.w telah memfardukan Zakat fitrah sebanyak satu sya' Kurma atau satu sya' gandum terhadap hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kaum Muslimin. Dan beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang berangkat solat (Solat hari raya)."
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).


2) Orang yang wajib berzakat

Zakat Fitrah itu diwajibkan kepada setiap individu muslim, tidak ada perbezaan antara orang yang merdeka dengan hamba, antara lelaki dengan wanita, anak kecil dengan orang dewasa, dan orang kaya dengan orang miskin. Sebagaimana yang dinyatakan hadith Ibnu Umar di atas.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa dia berkata:'' Zakat Fitrah itu diwajibkan kepada setiap orang yang merdeka dan hamba, baik lelaki mahupun wanita, kecil dan besar, miskin mahupun kaya, sebanyak satu sha' Kurma atau setengan sha' gandum. " ( HR. Ahmad ).

Seorang muslim harus mengeluarkannya dari dirinya dan dari setiap orang yang menjadi tanggungannya. Sebahagian besar ulama' berpendapat bahawa seorang suami berkewajipan membayar zakat fitrah isterinya.


3 ) Tidak ada Nisab Dalam Zakat Fitrah

Ibnu Rusydi berkata :" Pada zakat fitrah tidak disyaratkan harus kaya ( menurut kebanyakan pendapat fuqaha') dan nisab, akan tetapi syaratnya harus memiliki sisa yang lbih dari makanannya dan makanan keluarnya."

Abu Hanifah mensyaratkan nisab. Dia berkata :''Tidak wajib terhadap orang yang boleh menerima sedekah ( Zakat ), akan tetapi wajib bagi orang yang memiliki nisab yang lebih dari keperluan-keperluan pokoknya."

4 ) Jumlah yang Wajib Dikeluarkan

Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith sebelumnya, bahawa ukuran zakat fitrah yang wajib dikeluarkan berasal dari makanan yang biasa dimakan oleh warga, atau makanan yang biasa dimakan oleh orang yang mengeluarkan zakat fitrah itu sendiri, iaitu satu sha' atau nilainya, mana yang lebih bermanfaat bagi orang fakir atau orang miskin.

Seabahagian ulama' berpegang kepada takaran bukan kepada timbangan. Pendapat ini benar, kerana biji-bijian itu ada ringan dan juga yang berat. Misalnya ukuran satu sha' gandum kalau ditimbang 2176 gram, maka ia lebih banyak jika dibandingkan dengan beras, kerana beras lebih berat dari gandum.

Siapa yang tidak memiliki takaran ,maka hendaklah dia mengeluarkan empat mud. Satu mud adalah sepenuh kedua telapak tangan lelaki biasa, maka empat kali sepenuh kedua telapak tangan lelaki biasa sama dengan satu sha'. Sesiapa yang melakukan kebajikan dengan kerelaan hati, maka itulah yang lebih baik baginya.

5 ) Waktu Wajib Mengeluarkan Zakat Fitrah

Para ulama' bersepakat bahawa zakat fitrah itu wajib pada penghujung bulan Ramadhan, berdasarkan hadith Ibnu Umar yang lalu "s.a.w telah memfardukan Zakat Fitrah sebanyak satu sha' kurma atau satu sha' gandum terhadap hamba dab orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang mengerjakan solat hari raya

Namun mereka berbeza pendapat tentang penentuan waktunya. Sebahagian di antara mereka berpendapat bahawa zakat fitrah itu wajib mulai terebenam matahari pada akhir hari Ramadhan. Dan sebahagian lagi mengatakan wajib mulai terbit fajar hari raya fitrah ( 1 syawal).


Ibnu Rusydi menjelaskan sebab perbezaan pendapat ulama' mengenai masalah ini. Ibnu Rusydi berkata " Sebab perbezaan pendapat di antara ulama' adalah apakah zakat fitrah itu ibadat yang berhubungan dengan hari raya, atau ibadat yang berhubungan dengan berakhirnya bulan Ramadhan, sebab malam hari raya itu termasuk bulan Ramadhan".

Masalah ini mudah, perbezaan pendapat dapat terjawab pada anak yang baru lahir sebelum terbit fajar hari raya dan setelah matahari terbenam di akhir hari Ramadhan, apakah wajib mengeluarkan zakat atau sebaliknya? demikian juga orang mukallaf yang meninggal pada waktu tersebut.

Zakat fitrah itu tidak boleh ditangguhkan sehingga selesai solat hari raya.


6 ) Orang Yang Berhak Menerima Zakat

Sebahagian besar fuqaha' berpendapat bahawa zakat fitrah itu dibahagiakn kepada orang-orang muslim yang fakir miskin. Sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ibnu Qayyim." D i antara petunjuk Rasullullah s.a.w adalah menentukan orang-orang miskin penerima zakat fitrah. Beliau tidak pernah membahagikannya kepada golongan penerima zakat yang lapan, beliau tidak menyuruhnya untuk membahagikannya kepada mereka, tidak ada seorang sahabat pun atau orang-orang yang sesudah mereka melakukannya".

Menurut mazhab Maliki zakat fitrah tidak boleh dibahagikan kecuali pada 0rang-orang fakir dan miskin. Yang pasti selama zakat fitrah itu dinamakan zakat, maka ia berlaku sebagaimana zakat, pembahagiannya diutamakan kepada orang-orang miskin kecuali kerana hajat dan kepentingan keislaman.

7 ) Hikmah Zakat Fitrah

Setelah kita mengetahui waktu pembayarannya, ukuran yang wajib dikeluarkan kepada sesiapa yang diwajibkan zakat,sesiapa yang berhak menerimanaya, nas-nas telah menjelaskannya, kita mengetahui rahsia mengapa zakat fitrah itu diwajibkan? adapun hikmah di sebaliknya adalah memberi kebahagian dan kegembiraan kepada orang-orang miskin pada hari raya seperti orang-orang lain. Hal ini kerana Hadith Ibnu Umar yang bermaksud :" Jauhkanlah mereka daripada meminta-minta pada hari ini. ( HR. Daruquthni).

Kerana hari raya adalah hari yang penuh dengan kegembiraaan dan kebahagiaan tahunan, oleh itu, untuk mengelak daripada orang miskin berasa sedih, tidak bahagia, wajib memberi zakat.

Selain itu, hikmah zakat juga adalah sebagai penyempurna kepada amalan-amalan yang lain.

Selasa, 9 November 2010

Maklumat Zakat




Prolog


“Ayah nak kemana ni?” Satu suara halus bertanya. “Ke surau nak. ” “Ayah, adik nak ikut…” sambil memakai songkok dan berbaju melayu labuh, terkedek-kedek si anak berlari mendapatkan si ayah yang sudah sedia memegang basikal tua. Dengan cepat si anak naik dan duduk di galang basikal lalu mereka menuju ke surau. Di surau, kelihatan si ayah membawa seuncang beras. Seorang pak haji sedang menunggu dengan tersenyum. Lalu si anak bertanya lagi… “Beras ni nak buat apa ayah?” “Ini untuk zakat kita tahun ini nak…”

Demikianlah sedikit sedutan iklan di televisyen yang pernah disiarkan menjelang Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu. Keharmonian amat terasa, dengan berlatar belakangkan sebuah desa, sawah padi menghijau, berbasikal tua meniti di batas-batas bendang dan pak aji yang senyum manis menanti di surau, lalu zakat dijadikan tema iklan raya tersebut. Intipatinya hanya satu, menjadikan hari raya medan berkongsi kegembiraan antara si kaya dan miskin yang kelaparan.

Zakat dan Kewajipan

Zakat adalah rukun Islam ketiga. Kedudukannya di tempat ketiga ini dan sering digandingkan oleh Allah SWT dengan arahan mendirikan solat, telah dengan sendirinya menggambarkan status hukum dan kepentingan zakat.

Di samping itu, zakat mula difardukan kepada umat Islam pada tahun kedua selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ia termasuk dalam ayat-ayat atau surah Madaniyah, iaitu wahyu Allah SWT yang banyak menekan aspek hukum dan syariat Islam berbanding aspek aqidah. Banyak dalil naqli (dalil Al-Quran dan Al-Hadis) yang menyatakan kewajipan zakat, di antaranya firman Allah di dalam surah An-Nur, ayat 56:

“Dan dirikan oleh kamu akan solat serta berikanlah zakat”

Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan kepada Muaz bin Jabal yang diutus ke Yaman sebagai gabenor akan kepentingan zakat, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain:

“Engkau hendaklah menerangkan kepada mereka bahawa Allah SWT mewajibkan sedekah (zakat), yang dikenakan terhadap kekayaan orang kaya di kalangan mereka.”

Falsafah Zakat

Falsafahnya mudah, zakat adalah satu perkongsian. Mengambil harta dari kalangan kaya dan berada untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan melata dan mereka yang memerlukan. Falsafah zakat juga menggambarkan keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat, semakin meningkat kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat menjadikan semakin terbela asnaf-asnaf zakat.

Inilah cantiknya hukum dan syariat zakat ini, sehinggakan di dalam lipatan sejarah ia amat berkesan semasa perlaksanaannya pada zaman Rasulullah. Apatah lagi zakat adalah amalan baik yang berkesinambungan dari apa yang telah diamalkan sebelum turunnya Islam. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan, prihatin dan suka bersedekah telah difardukan akhirnya. Maka, oleh kerana ia sememangnya satu amalan mulia yang tidak bercanggah langsung dengan fitrah manusia, tidak pernah terdengar sedikit pun suara yang membantah dan mengingkari kewajipannya setelah ia diangkat oleh Allah SWT sebagai amalan wajib. Bahkan pada zaman itu, zakat telah menjadi item utama sumber pendapatan negara Madinah Al-Munawwarah demi menjana pembangunan ummah.

Definisi Zakat

Apakah zakat? Dalam Bahasa Arab, zakat ialah kata nama dasar (ism masdar) dari kata fi’il (perbuatan) zaka. Zaka dari aspek bahasa ialah suci, bersih, subur, tumbuh, berkembang, berkat dan terpuji. Oleh itu kita boleh mengqiaskan, harta yang dizakatkan itu sebenarnya akan menjadikan harta si pemilik itu bersih, makin subur dan dapat terus berkembang. Manakala orang yang berzakat juga akan dikurniakan Allah SWT dengan sifat terpuji dan limpahan keberkatan di dalam kehidupannya. Sebab itulah Nabi pernah mengingatkan kepada kita semua: “Jika engkau telah tunaikan zakat hartamu, maka engkau telah menghindari kejahatannya daripadamu.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim) dan juga sebuah hadis lain: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan zakat sebagai pensuci kepada harta.” (Riwayat Al-Bukhari).

Manakala, zakat dari aspek istilahiah atau kehendak syariat Islam ialah, harta-harta yang tertentu yang dikeluarkan dengan syarat-syarat tertentu dan diagihkan pula kepada asnaf-asnaf tertentu. Seterusnya, apakah harta-harta-tertentu itu? Apa pula syarat-syarat yang tertentu dan siapakah pula asnaf-asnaf tertentu itu?

Harta-harta tertentu itu ialah seperti apa yang telah sabit di dalam nas naqli seperti emas, perak, hasil pertanian, penternakan, harta rikaz (yang tertanam di dalam perut bumi) dan juga harta-harta berkembang yang lain seperti zakat pendapatan atau gaji seperti royalti, pencen, bonus, zakat saham, zakat wang simpanan termasuklah di Skim Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga zakat perniagaan.

Manakala syarat-syarat tertentu yang mewajibkan zakat itu ialah:

Islam – tidak wajib zakat bagi non-muslim
Merdeka – zakat tidak tertakluk kepada hamba yang dimiliki oleh tuannya
Sempurna milik – zakat hanya tunduk kepada harta yang 100% menjadi milik individu sama ada zat (fizikal) mahu pun manfaatnya
Cukup nisab – zakat hanya dikeluarkan apabila harta itu mencapai paras minimum kadar wajib zakat yang bersamaan harga 85 gram emas pada harga semasa
Cukup haul – zakat hanya dikenakan pada harta yang telah cukup tempoh setahun sama ada tahun Masehi (qamariah) ataupun hijri (syamsiah)

Jika zakat perniagaan, syarat-syarat tambahan lain ialah, harta itu hendaklah diniatkan sebagai barang perniagaan, harta yang diniagakan itu pula adalah halal di sisi syariat dan perlaksanaan perniagaannya juga hendaklah mengikut syariat Islam.

Siapakah golongan tertentu yang berhak menerima zakat atau asnaf-asnaf tertentu itu? Golongan ini sebenarnya terdiri dari lapan jenis golongan yang secara spesifik telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, firman-Nya di dalam surah At-Taubah, ayat 60:

“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil-amil yang mengurusnya, orang muallaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk tujuan di jalan Allah (fisabilillah), orang musafir yang (keputusan belanja) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah SWT dan (ingatlah) Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Pembahagian zakat

Bagi memudahkan umat Islam, ulama’ fikah telah membahagikan zakat itu kepada dua, iaitu zakat fitrah (zakat badan) dan zakat mal (zakat harta). Zakat fitrah adalah seperti apa yang telah digambarkan di dalam iklan raya di atas. Ia diwajibkan di dalam bulan Ramadhan dan wajib ditunaikan sebelum solat hari raya Aidilfitri. Hukumnya wajib kepada setiap individu muslim walaupun dia seorang hamba, dengan syarat mereka hidup pada bulan Ramadhan hingga masuk 1 Syawal.

Kewajipan mengeluarkannya adalah terletak kepada diri sendiri, wali atau ketua keluarga berkenaan. Ia dikeluarkan untuk setiap individu berdasarkan kepada 1 gantang Baghdad yang bersamaan 2.70 kg makanan ruji sesebuah tempat. Dari Ibnu Abbas r.a., berkata: “Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).

Manakala bagi zakat mal, ia adalah tertakluk kepada harta-harta tertentu. Zakat mal ini pula tidak diwajibkan kepada hamba, seperti mana zakat fitrah. Dari aspek kekayaan, zakat mal atau harta inilah yang mewakili status kekayaan umat Islam, kerana ia digambarkan kepada ketinggian kutipan zakat di sesuatu tempat. Seperti dinyatakan, semakin tinggi kutipan zakat, bermakna semakin tinggilah taraf sosio-ekonomi rakyat dan semakin melebarlah manfaat zakat kepada lapan asnaf yang memerlukan. Semua ini menjadi indikator kepada keseimbangan sosio-ekonomi, kestabilan politik dan seterusnya kemakmuran negara umat Islam.

Kesimpulan

Pada tahap awal perbincangan ini, diharapkan para pembaca telah mendapat kefahaman awal tentang zakat. Dalil kewajipannya, status zakat dalam rukun Islam, falsafah zakat, definisi zakat dan pembahagiannya. Semua ini akan memudahkan masyarakat untuk memamahi takah seterusnya, kenapakah zakat perlu diangkat kembali menjadi agenda penting ummah. Ini termasuklah isu-isu kontemporari zakat seperti penglibatan sektor kewangan lain dalam institusi zakat, penguatkuasaan undang-undang zakat dan sebagainya lagi. Insya-Allah, dengan kefahaman yang jelas ini akan memudahkan kita mempelajari zakat, satu rukun Islam yang manfaatnya bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang Islam di dunia ini. Wallahua’lam.


* Sebagai contoh, kadar zakat fitrah dikira seperti berikut: sekilo beras berharga RM2.50 maka didarab dengan 2.70 kg = RM6.75. Maka ditetapkan kadar bagi setiap orang itu zakat fitrahnya ialah RM6.75. Ia berubah-ubah dari tahun ke tahun.




Sabtu, 6 November 2010

Surah al-Bayyinah: 5

Posted by Picasa

Surah al-Muzammil: 20

Posted by Picasa

Surah Fussilat: 7

Posted by Picasa

Surah al-Ahzab:33

Posted by Picasa

Surah al-Namlu: 3

Posted by Picasa

Surah al-Nur: 56

Posted by Picasa

Surah al-Nur: 37

Posted by Picasa

Surah al-Mu'minun: 4

Posted by Picasa

Surah al-Baqarah:276

Posted by Picasa

Surah al-Baqarah:267

Posted by Picasa

Surah al-Baqarah:83

Posted by Picasa

Himpunan ayat yang berkaitan dengan zakat


Posted by Picasa

Jumaat, 15 Oktober 2010

Zakat Bersih Jiwa

Dalam surah al-A’la, ayat 14 dan 15 menjelaskan: “Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat.”


Berdasarkan satu hadis diriwayatkan Ibn Khuzaimah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai ayat berkenaan dan baginda menerangkan, yang ayat terbabit diturunkan mengenai zakat fitrah.


Demikian juga menurut satu lagi riwayat daripada Saidina Ali; maksud membersihkan diri pada ayat terbabit ialah mengeluarkan zakat fitrah dan ‘menyebut nama Tuhan serta mengerjakan solat’ ialah mengucap takbir pada hari raya dan mengerjakan solat hari raya.


Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas umat Islam kerana berakhirnya bulan Ramadan dan dikeluarkan mengikut peraturannya.


Ia disyariatkan pada Sya’ban tahun kedua hijrah dengan beberapa tujuan, antaranya untuk membersihkan diri orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan buruk dan sia-sia serta memberikan kelapangan kepada orang miskin untuk menyambut hari raya.


Sebagaimana ibadat yang lain bergantung kepada batas waktunya, ibadat zakat fitrah juga tidak terkecuali, malah menurut ulama, orang yang melengahkan zakat fitrah sehingga terlepas waktu yang ditentukan bukan saja berdosa, bahkan tetap wajib membayarnya selepas itu.


Jika ia tidak dibayar, ia tetap menjadi hutang yang ditanggung individu terbabit, sehingga ia menjelaskannya suatu ketika nanti walaupun pada akhir hayatnya, menunjukkan besarnya kewajipan berzakat dan tidak boleh dipandang ringan walaupun jika dibandingkan dengan kadar nilainya beberapa ringgit.


Mazhab Syafie membahagikan kepada lima waktu iaitu waktu harus (pada awal bulan Ramadan), waktu wajib (apabila masuk matahari pada akhir bulan Ramadan), waktu fadilat/afdal (sebelum keluar untuk mengerjakan solat hari raya), waktu makruh (jika diakhirkan selepas solat hari raya dengan tiada uzur) dan waktu haram (diakhirkan hingga selepas hari raya dengan tiada uzur).


Benda yang dijadikan zakat fitrah ialah makanan utama sesebuah tempat seperti beras di Malaysia dan kadarnya ialah segantang Baghdad, bersamaan tiga cupak sukatan Malaysia atau tiga kati dua belas tahil atau dua kilogram 250 gram.


Makanan utama sebagai zakat fitrah menjadi pegangan dalam mazhab Syafie, kecuali disebabkan beberapa perkara seperti berlaku darurat atau diperintahkan oleh pihak berkuasa, lalu diharuskan membayarnya dengan wang sebagai ganti makanan seperti beras.


Diharuskan juga kerana adanya aturan daripada pemerintah terhadap sistem zakat fitrah dengan wang kerana beberapa alasan yang bertujuan baik, seperti asnaf yang lapan terutama fakir miskin lebih bersedia menerima wang berbanding beras.


Hari ini masyarakat secara umumnya menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras disebabkan ada kelapangannya, sama ada daripada pihak yang menunaikan zakat atau penerimanya berdasarkan kadar yang ditetapkan di negeri masing-masing.


Kadar zakat yang ditetapkan umumnya berbeza-beza pada setiap tahun dan di antara negeri, berdasarkan beberapa faktor seperti kos barang dan sara hidup, namun kadangkala kadar yang ditetapkan di kawasan kota lebih rendah berbanding di negeri yang kos hidupnya tidak seberapa.


Bagi tahun ini, kadar zakat fitrah di Johor RM6.50, Kedah RM7, Kelantan RM7.60, Melaka RM6.30, Negeri Sembilan RM6.50, Pulau Pinang RM5, Pahang RM7.30, Perak RM7, Perlis RM6 - RM7, Sabah RM7.20, Sarawak RM7.50, Selangor RM5.20, Terengganu RM6 -RM8 dan Wilayah Persekutuan RM5.20.

Mengenai pelaksanaan ibadat zakat fitrah dengan wang, ulama ada memberikan sedikit huraian:

- Tidak sah jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah, mengikut mazhab Syafie seperti niat: “Wang ini untuk fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku.”

Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini.”

- Harus menunaikan zakat fitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) dalam mazhab Syafie tetapi lebih afdal dengan makanan. Dalam mazhab Hanafi, lebih afdal dengan harga daripada makanan.

Dari sini, dapat diperhatikan juga aspek penting yang menentukan sah atau tidak ibadat zakat fitrah ialah niat. Ini juga sesuai dengan hadis Bukhari yang menerangkan, setiap amalan adalah berdasarkan niat.

Waktu berniat ialah ketika menyerahkan zakat. Boleh juga didahulukan sewaktu mengasingkan benda zakat itu untuk diserahkan kerana zakat boleh diwakilkan.

Niat zakat fitrah seperti: “Ini zakat fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini.” Tetapi jika menunaikan zakat fitrah dengan wang, niatnya: “Ini wang ganti beras zakat fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku, pada tahun ini.”

Daripada (Abdullah) Ibn Umar r.a, katanya: Rasulullah s.a.w sudah menentukan wajibnya zakat fitrah, segantang daripada buah tamar atau segantang dari sya’ir (sejenis gandum) atas setiap orang hamba abdi atau merdeka, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan umat Islam.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari dan Muslim)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Tanggungjawab Orang yang Tidak Mengeluarkan Zakat






Akibat Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat

1 ) Ibadat puasa tidak sempurna

2 ) Diri terus diselubungi sifat bakhil dan sombong

3 ) Hati menjadi keras dan tidak berperikemanusiaan

4 ) Hidup tidak tenang walaupun berharta

5 ) Mendapat kemurkaan Allah S.W.T

6 ) Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh ular dan kala jengking



Golongan Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah


@@ Fakir

@@ Miskin

@@ Amil

@@ Muallaf

@@ Hamba yang hendak memerdekakan diri

@@ Orang yang berhutang

@@ Musafir

@@ Berjihad di jalan Allah


Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

:- WAJIB
Bermula terbenam matahari pada hari akhir puasa



:- SUNAT
Bermula masuk waktu solat subuh sehingga solat sunat aidilfitri



:- MAKRUH
Selepas solat sunat aidilfitri sehingga terbenam matahari pada satu syawal



:- HARAM
Setelah terbenam matahari pada satu syawal



:- HARUS
Sepanjang bulan Ramadhan

Syarat Wajib Zakat Fitrah

1 ) Islam- Tidak wajib bagi orang bukan Islam

2 ) Mempunyai harta melebihi keperluan makan dan minum bagi diri dan tanggungan pada malam dan siang hari raya

3 ) Hidup pada akhir Ramadahan dan awal syawal. Bayi tang lahir sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan dan meninggal dunia setelah terbit matahari wajib zakat


NIAT ZAKAT FITRAH












Kadar Zakat Fitrah



## Zakat fitrah wajib dikeluarkan daripada makanan asasi sesebuah negara.

## Kadar zakat: satu gantang baghdad bersamaan 2.7 kilogram beras bagi setiap muslim di malaysia.

## Contoh makanan asasi: gandum, kurma, beras, jagung, barli dan lain-lain.



RASULULLAH BERSABDA ::

Maksudnya : Daripada Ibnu Umar r.a beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan sebanyak satu gantang gandum kepada setiap muslim samada hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan, kecil dan dewasa. Baginda menyuruh mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai menunaikan solat sunat aidilfitri.

( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM )

Hikmat mengeluarkan Zakat

PENERIMA

::: Mengikis rasa benci, iri hati dan syak wasangka terhadap orang lain

::: Dapat bergembira untuk menyambut hari raya

::: Menjadi galakan untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan

::: Melahirkan rasa syukur dan redha dengan ketentuan Allah S.W.T

MASYARAKAT

::: Mewujudkan masyarakat yang prihatin

::: Melahirkan masyarakat yang saling bantu membantu dan belas kasihan kepada golongan yang tidak bernasib baik

::: Menyemai perasaan hormat menghormati dan semangat berkorban

NEGARA

::: Negara aman dan tenteram daripada kekacaun, kecurian atau rompakan

::: Mengukuhkan perpaduan rakyat dan menjamin keharmonian negara

::: Meringankan beban negara.

INDIVIDU

- Pemberi zakat akan bersih daripada sifat bakhil dan tamak

- Dapat menjalin hubungan silaturrahim dan membentuk sikap penyayang

- Memupuk tabiat suka menderma dan tidak memntingkan diri sendiri

- Melahirkan individu yang ikhlas dan bertanggungjawab.

Dalil Zakat Fitrah


Maksudnya : Puasa bulan Ramadhan tergantung antara langit dengan bumi, ia tidak diangkat kecuali setelah mengeluarkan zakat fitrah.

Hukum dan Dalil Mengeluarkan Zakat Fitrah




Setiap individu wajib mengeluarkan zakat fitrah sebesar setengah sha' gandum, atau satu sha' kurma, atau satu sha' kismis, atau satu sha' gandum (jenis lain) atau satu sha' susu kering, atau yang semisal dengan itu yang termasuk makanan pokok, misalnya beras, jagung dan semisalnya yang termasuk makanan pokok.